Hukum Mim dan Nun Bersabdu (Bertasydid)

Hukum Mim dan Nun Bertasydid (Bersabdu)
Ketika kita membaca Al-Quran, kita sering menemukan huruf mim dan nun yang terdapat tanda tasydid di atasnya. Lalu apa hukumnya dalam ilmu tajwid? Bagaimana cara membacanya? Berikut jawabannya.
Mim dan Nun Bersabdu
1. Mim Bersabdu 
Mim bersabdu menunjukkan dua Mim yang bersatu, pertama sukun dan kedua berbaris. Mim sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Tanda sabdu ialah seperti kepala huruf Sin yang berada di atas huruf.
Contoh mim bersabdu:
ثُمَّ - مُحَمَّدٌ – تُحَمِّلْنَا - عَذَابٌ مُّقِيْمٌ
Beberapa keadaan yang menjadikan Mim bersabdu:
a. Idgham secara sharaf
تُحَمِّلْنَا (تُحَمْمِلْنَا)
b. Idgham bighunnah
عَذَابٌ مُّقِيْمٌ
c. Idgham mitslain
لَهُمْ مَّا
2. Nun Bersabdu
Nun yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf Nun, iaitu huruf yang pertama sukun dan yang kedua berbaris. Lalu kedua Nun tersebut digabungkan sehingga menjadi Nun bersabdu.
Contoh nun bertasydid
إِنَّا – مِنْ نِّعْمَةٍ - مَلِكِ النَّاسِ
Beberapa keadaan yang menjadikan Mim bersabdu:
a. Idgham secara sharaf
فِيْهِنَّ (فِيْهِنْنَ)
b. Idgham bighunnah
عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ
c. Idgham syamsiyyah
مَلِكِ النَّاسِ
Hukum Mim dan Nun yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Ghunnah atau dengung. Ghunnah menurut bahasa mengeluarkan bunyi melalui hidung atau suara lembut yang keluar dari rongga hidung (khaisyum) berikutan dengan menurunkan anak lidah dan terbukanya langit-langit lembut. Ghunnah menurut istilah ilmu tajwid ialah suara lembut dan sedap yang berada pada huruf nun dan mim. Ghunnah yang berlaku pada Mim dan Nun bersabdu disebut juga ghunnah musyaddadah.
Contoh ayat di Al-Qur’an yang terdapat ghunnah musyaddadah:
فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ
إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ
تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ
وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
Sekian dan semoga bermanfaat.